06 June 2017

Mahligai Kami ~ Episod 1

Assalamualaikum..

Ni cerita perap tahap langit ke tujuh.
Sebenarnya plan ni bermula pada bulan Februari.
Semuanya berlaku sgt cepat dan tanpa kami duga.
Pilihan yang kami buat dipermudahkan.

Kami menetap di Desa Bukit Permata dah 2 tahun lebih.
Tapi kami takde quality time dengan anak-anak.
Sebab pagi bangun pukul 5.30 pagi, siap mandi dan
angkat bebudak masuk kereta. Qoid kadang siap kat rumah,
kadang kat umah Mama. Tapi proses ni memenatkan semua orang.

Then malam kami balik lepas Maghrib, layan jammed, siap makan
sampai umah dingdong pukul 10malam.
Mandi, solat, tidur. Kalau terpaksa basuh baju, tunggu siap dan jemur.
Esok kalau tak hujan angkat pukul 10malam, kalau dah sejuk biar tak angkat.

Letih wei.. 2 tahun lebih mampu bertahan kenapa taknak terus bertahan?
Gila ke? haha..Lama-lama kitorang gila.. Tambah pula ada orang gila lain..
Eh..ni citer lain..

Kami bincang suami isteri.. Nak letgo umah tu ke atau nak sewa.
Sebab bukan senang nak jual rumah bilamana smpi hari ni pun tak
setel lagi. Lepas tu bincang..Mana kita nak tinggal kalau jual rumah ni.
tapi yang pasti nak duduk area dekat ngan tempat kerja sy.
dekat dengan sekolah Qoid. Encik Hubby memang kena korbanlah kerja
nun kat Putrajaya. Tu pengorbanan besar dia jugalah selama 2 tahun lebih.

Mula-mula macam putus asa la juga.
Sebab kalau nak beli rumah lain hasil jualan rumah ni.
Harga rumah sekarang mengarut. even untuk apartment pun.
Lepas tu cubalah cerita dengan Mama.
Sekadar berkongsi rasa.. Berkongsi gundah dan penat.

Tapi rezeki tak pernah salah alamat..
3 4 hari lepas tu, Mama cakap, amiklah tanah sebelah tu.
Buat rumah. Tapi kenalah bayar bahagian adik-adik yang lepaskan tanah tu.
Ni macam mengantuk disorong bantal..Tapi cabaran bermula..
Cabarannya macam mana nak jual rumah sedia ada?
Macam mana dengan rumah yang nak diduduki?
Nak repair ke nak buat baru? Nak cari kontraktor mana?
Mana nak dapat cash? Nak buat pinjaman lagi ke?

Masa ni, hubungan kami suami isteri ups and down.
kadang mood baik kitorang tak stress, kami dapat bincang ngan baik.
Datang stress fikir macam-macam kami akan bergaduh dlm WhatsApp..
bila ingat balik banyak cabaran dan rintangan nak realisasikan impian.
Mana ada senang nak capai apa kita nak..

Ok..setel episod 1..
Cerita banyak..Kalau takde orang nak baca pun.
untuk anak-anak esok tengok kepayahan Ibu dan Ayah nak bina
keluarga yang lebih baik.
Banyak impian.. mcm mana nak tunai.
Macam mana nak hadapi semua. Emosi, kewangan dan masa..

Nanti sy cuba update lagi..
Episod 2.. Macam drama :p

Lynda Che Lah
Kejar impian biar smpi bintang

7 comments:

  1. Lebih kurang cerita saya ...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak..
      Nti dah siap entry sepenuhnya kita gali balik blog akak..

      Delete
  2. good luck kak. semoga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  3. Man jadda wa jadda... Barangsiap bersungguh-sungguh pasti berhasil.



    Lya doakan smuanya sukses n akan tercapai impian tu. Rmh ats tanah sdri mmg best..


    Lya pom sblm dpt rmh y ddk ni, lalui mcm2 cabaran..dgn hrga skrang ntah apa².. Tp alhamdulillah, perlahan-lahan dipermudahkan..

    ReplyDelete
  4. Lya pom sblm dpt rmh y ddk ni, lalui mcm2 cabaran..dgn hrga skrang ntah apa².. Tp alhamdulillah, perlahan-lahan dipermudahkan..

    ReplyDelete

  5. Man jadda, wa jadda.. Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti berjaya. Sy doakan moga dipermudahkan segala urusan hingga ke akhir.. Mmg seronok dpt rmh ats tanah sendri..


    Lya pom sblm dpt rmh y ddk ni, lalui mcm2 cabaran..dgn hrga skrang ntah apa².. Tp alhamdulillah, perlahan-lahan dipermudahkan..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...