05 October 2016

Cabaran Sarapan 7 Hari Dutch Lady FureFarm

Assalamualaikum..

Dah sarapan ke?
Sarapan penting ye untuk memulakan hari.
Macam Lynda, memang kena sarapan sebab nanti mula lah perut meragam.
At least dengan sekotak susu..

Pada Lynda, sarapan penting sebab badan kita perlukan tenaga nak mulakan hari kan.
Dan untuk orang yang hadapi masalah membuang air di pagi hari, minum susu boleh bantu badan untuk proses itu.
Untuk Qoid, sebelum pergi sekolah sekarang Lynda bagi dia sekotak susu coklat DutchLady.
Qoid dah berhenti menyusu menggunakan botol. Jadi dekat rumah mesti ada bekalan susu Dutch Lady.

Menyedari kepentingan susu dalam sarapan kita, DutchLady telah melancarkan kempen Cabaran Sarapan 7 Hari Dutch Lady Pure Farm.
Ini untuk menggalakkan masyarakat Malaysia amnya untuk mengambil sekurang-kurangnya sekotak susu sewaktu sarapan.
Sebab mentaliti masyarakat sekarang, minum susu untuk kanak-kanak je..
Jadi Lynda nak share sedikit info seperti di bawah tentang kepentingan susu kepada kita :
  1. Kanak-kanak dan remaja 18 tahun ke bawah memerlukan 1300mg kalsium sehari.
  2. Lelaki dan wanita dewasa (19-50 tahun) memerlukan 1000 mg sehari. 
  3. Individu berumur lebih dari 50 tahun, institut perubatan (KKM) menyarankan pengambilan kalsium yang lebih serta keperluan harian sekurang-kurangnya 1200 mg sehari. 
 
 
Jadi, sarapan pagi Lynda tempoh hari ditaja DutchLady Malaysia dan hamper set susu selama 7 hari untuk sarapan.
Dan susu adalah minuman kegemaran selain Nescafe dan Teh Tarik.
Setiap pagi sarapan Lynda adalah sarapan biasa rakyat Malaysia.
Roti canai, kuih tradisional Melayu, nasi lemak.
Sarapan di rumah pun kita pastikan ada sajian susu.
Syukur sebab suami dan anak-anak suka juga minum susu.

Jom ubah pandangan kita tentang susu.
Cuba variasikan penggunaan susu tu..
Well, Aaron Aziz dengan famili pun minum susu DutchLady ye untuk sarapan.
Ada pelbagai jenis pilihan perisa susu untuk first timer..
Nanti lama-lama sukalah kan..
 
Bangun pagi, Gosok gigi,
Cuci Muka, Sarapan Pagi,
Minum Susu No. 1,
Dutch Lady Pilihan Hati.

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Qoid Demam Denggi

Assalamualaikum.. Sekali lagi tergendala nak sambung episod akhir mahligai kami. Sebab Qoid positif denggi.. Sebenarnya Qoid start ...